KERTAS KERJA BAHAN BANTU MENGAJAR

1.0       TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan pameran bahan bantu mengajar.

2.0       PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.


3.0       OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Tujuan pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.


4.0       HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
  2. Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif fan berinovasi.

5.0       KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
  4. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.

6.0       JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi. Seterusnya, dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta.  Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.


7.0       MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program        : Pameran Bahan Bantu Mengajar.
Tarikh            : 8 Mei 2017
Hari                : Isnin
Tempat           : Tadahan Utara 5


8.0       KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 54 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Kumpulan B Sesi 2016/2017 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


9.0       TENTATIF PROGRAM

MASA
AKTIVITI
3.00 – 3.30 pm
Persiapan setiap kumpulan
3.30 –3.45 pm
Ucapan penasihat
3.45 – 5.30 pm
Tinjauan/pemberian markah
5.30 – 5.45 pm
Ucapan penutup oleh penasihat
5.45- 6.00 pm
Kemas kelas dan bersurai


10.0     SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Mohammad Firdaus bin Mohd Hashim
Timbalan Pengarah
Muhammad Shamsul bin Mohd Sabri
Setiausaha
Muhammad Adib bin Mohd Ruslan
Naib Setiausaha
Jeff Anak Chendang
Bendahari
Ahmad Shakir Aizat bin Ahmad Soimi
Naib Bendahari
Khairul Eizlan bin Khairul Anuar


11.0     ANGGARAN PEMBELANJAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

BIL
PERKARA
JUMLAH
1.
KERTAS BERWARNA
RM 2.40
2
KAD MANILA
RM 1.80
3.
PEN MARKER
RM 2.00
4.
KERTAS A4
RM 0.50
5.
GAM
RM 1.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM 7.70


12.0     PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan pamera ini. Diharap pameran ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga pameran ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh:
Muhammad Adib bin Mohd Ruslan
Setiausaha,
Pameran Bahan Bantu Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disokong oleh:
Mohammad Firdaus bin Mohd Hashim,
Pengarah Program,
Pameran Bahan Bantu Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disemak oleh:





Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penasihat Program,
Pameran Bahan Bantu Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………



No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved http://cat-meooww.blogspot.my