KEKURANGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Jika kita perhatikan, bahan bantu mengajar sememangnya tidak mempunyai kekurangan secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar adalah untuk menutup sebahagian kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kekurangan itu dapat dilihat melalui beberapa perkara seperti kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar yang sesuai. Hal ini demikian kerana, bukan mudah untuk membuat bahan bantu mengajar yang akan dapat merangsang minat murid serta memberikan kefahaman yang lebih jelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bahan bantu mengajar yang kurang sesuai akan menyebabkan berlaku kesukaran di mana guru akan sukar mendapatkan kerjasama daripada murid-murid. Perkara ini mungkin disebabkan murid-murid kurang faham atau jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh guru menyebabkan mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi minat dan sukar mendapatkan kerjasama daripada mereka.
            Seterusnya kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian bahan bantu mengajar yang disediakan. Guru haruslah memastikan bahawa mereka betul-betul faham dan tahu apa yang ingin disampaikan terlebih dahulu supaya dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kesukaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar juga merupakan salah satu kekurangan bahan bantu mengajar. Seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Guru sangat-sangat memerlukan bahan atau rujukan dalam menyediakan bahan bantu mengajar bagi memastikan guru tidak akan ketandusan idea kelak.
            Bagi mengatasi segala kekurangan ini adalah dengan cara guru lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan. Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai pelbagai cara berfikir dan IQ yang berbeza dalam menganalisis dan menilai apa yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam menggunakan segala bahan bantu mengajar, seperti kemahiran menggunakan teknologi maklumat, multimedia dan sebagainya.
Tambahan pula, kerjasama semua pihak juga dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Seterusnya, guru amat digalakkan merancang dengan sistematik bagi memudahkan guru menyampaikan bahan bantu mengajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

            Akhir sekali, perkara yang harus diambil perhatian adalah bahan bantu mengajar adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru sepenuhnya, yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved http://cat-meooww.blogspot.my