BMK
3033 KETERAMPILAN MEMBACA
TAJUK TUGASAN:
LAPORAN BAHAN BANTU MENGAJAR
TUGASAN
KUMPULAN B
PROFESOR MADYA DR.
DAHLIA BINTI JANAN
FAKULTI BAHASA DAN
KOMUNIKASI
IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN
UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2
2016/2017
SENARAI
KANDUNGAN
BAHAGIAN A MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Jenis
Bahan Bantu Mengajar 2-3
3.0 Kebaikan
Bahan Bantu Mengajar 3-5
4.0 Kekurangan
Bahan Bantu Mengajar 5-6
5.0 Mengapa
Bahan Bantu Mengajar Diperlukan 6-8
Bibliografi
BAHAGIAN B
BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN
Pada era
modenisasi ini, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) amat diperlukan dalam pendidikan
abad 21 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keperluan
bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran memperlihatkan
keberkesanannya di dalam bilik darjah jika ingin dibandingkan dengan sistem
pembelajaran yang dahulu.
Menurut
Brown J.W (1983) Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik
darjah. Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis,
kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi merangkumi segala yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pancaindera dan apa sahaja yang
dapat ditunjukkan kepada para pelajar. Menurut Atan Long (1982), alat bantu
mengajar terdiri daripada pelbagai bahan. Bahan ini terdapat dalam bentuk buku,
carta, atau slaid yang ditayangkan pada projektor. Bukan itu sahaja, beliau
juga turut membahagikan alat bantu mengajar ini kepada tiga kumpulan iaitu alat
pendengaran, alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Selain
itu, Thomas, R.Murray,
Swartout, Sherwin G (1963) pula menyatakan bahawa hanyabahan bantu mengajar
yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi
pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah, sikap
sosial, kemantapan emosi serta daya pendengaran. Berdasarkan takrifan oleh
beberapa tokoh tentang bahan bantu
mengajar tersebut, dapat dinyatakan bahawa segala aktiviti atau penerangan
dalam bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan
dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Hal ini akan memudahkan para pelajar
untuk memahami isi kandungan dalam proses pembelajaran yang ingin disampaikan
dengan lebih jelas. Malahan, penggunaan pelbagai media pengajaran secara tepat
dapat mengatasi sikap pasif dalam kalangan pelajar kerana ia akan menarik minat
pelajar, menimbulkan suasana yang lebih menarik kepada mereka serta
meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang topik yang diajar.
2.0 JENIS-JENIS
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan
bantu mengajar merupakan elemen terpenting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran formal. Bahan bantu mengajar ini mempunyai tiga jenis iaitu bahan
bantu mengajar eletronik, bahan bantu mengajar bukan eletronik, serta
bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Bagi bahan bantu mengajar elektronik,
bahan ini menggunakan tayangan slide, tayangan video, radio dan lain-lain di
dalam proses pembelajarannya. Selaras dengan perkembangan semasa di dalam dunia
teknologi ini. Wajarlah di dalam proses pembelajaran, kemudahan-kemudahan
teknologi yang ada digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan
bantuan mengajar berasaskan eletronik adalah untuk menarik minat para pelajar
serta mengelakkan pelajar bosan dan mengantuk semasa berada di dalam kelas.
Seperti sistem pendidikan tradisional yang hanya mempamirkan corak pembelajaran
berasaskan papan hitam dan kapur, keadaan ini akan membuatkan pelajar bosan.
Bagi mengatasi masalah ini pembaharuan dalam kaedah pengajaran perlu berlaku
dengan mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan teknologi yang telah disediakan.
Misalnya, guru boleh menggunakan cekera padat yang telah dibekalkan oleh
kementerian bagi menayang video yang berbentuk pembelajaran. Proses ini akan
mengakibatkan perkembangan positif terhadap pelajar kerana terdapat daya
tarikan yang menarik untuk pelajar menuntut ilmu.
Seterusnya,
bahan bantu mengajar bukan eletronik. Dalam kaedah ini, peranan guru amat
penting. Kekreatifan guru perlu digunakan bagi merancakkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Bahan bantu ini digunakan untuk menarik
perhatian pelajar, terutamanya pelajar yang berada di peringkat pra sekolah
atau di sekolah rendah. Mereka ini biasanya lebih cenderung kepada sesuatu yang
luar biasa. Penghasilan bahan bantu mengajar seperti kad huruf, kad cantum,
gambar-gambar dan lain-lain di dalam proses pembelajaran akan memberi impak
positif kepada pelajar. Dengan kaedah ini, pelajar akan lebih seronok untuk
belajar serta dapat menghidari perasaan bosan ketika di dalam kelas.
Sememangnya guru perlu menggunakan kekreatifan yang ada untuk mendorong mereka
agar lebih berjaya di dalam pendidikan.
Akhirnya,
bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Seperti yang diketahui bahan
yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, lawatan sambil belajar, projek
pameran dan lain-lain. Dengan kaedah
pembelajaran ini keberkesanannya jelas dari aspek pengetahuan dan pemahaman
kerana pelibatan pelajar secara langsung. Hal ini akan menjadikan pelajar lebih
berminat untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam dengan
melakukan pencarian maklumat sendiri selepas habis program. Perkembangan dari
sudut pemikiran juga turut berlaku. Bagi bahan sebenar pula ia melibatkan
penggunaan bahan daripada alam sekitar. Antara bahannya ialah kayu, daun, air
dan lain-lain. Penggunaan bahan sebenar ini akan memberi pendedahan baharu
kepada pelajar. Pengetahuan yang diperolehi pelajar melalui pembelajaran kaedah
ini akan memberi impak yang mendalam kepada memori seorang pelajar.
Pembelajaran sememangnya memerlukann bahan rangsangan bagi kecerdasan
pemikiran. Keberkesanan bahan rasangan akan membantu guru menyampaikan sesuatu
ilmu pembelajaran dengan berkesan.
3.0 KEBAIKAN
BAHAN BANTU MENGAJAR
Secara umumnya, bahan bantu mengajar
merupakan salah satu pelengkap bagi membantu warga pendidik dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar dilihat menjadi aspek
penting dalam pembelajaran kerana bahan bantu mengajar ini penuh dengan
kreativiti, serta berupaya membantu pelajar meningkatkan daya rangsangan ketika
belajar. Terdapat pelbagai bahan yang boleh dijadikan bahan untuk bantuan
pembelajaran. Bukan sahaja teks, gambar-gambar, atau, papan hitam, malah
terdapat banyak lagi bahan bantu mengajar yang boleh digunakan mengikut
kesesuaian semasa. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahan bantu mengajar
mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri bagi warga pendidik
khususnya dan juga pelajar amnya.
Kebaikan dan kelebihan penggunaan
bahan bantu mengajar ini ialah dapat merangsang minda dan pemikiran pelajar
untuk digunakan sepanjang tempoh belajar. Di sekolah, penggunaan buku teks
sebagai bahan bantu mengajar sememangnya tidak asing lagi. Namun, sejauh
manakah penggunaan buku teks ini mampu merangsang minda dan pemikiran para pelajar di sekolah.
Di dalam buku teks, terdapat terlalu banyak kandungan perkataan dan ayat
sehingga boleh mencetuskan rasa bosan dalam diri pelajar. Sekiranya, guru bijak
dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar dengan mengedarkan bahan bacaan
bergred yang menarik, maka kaedah ini berupaya memberikan kelainan buat
pelajar. Seterusnya, bahan bantu mengajar dikatakan berupaya merangsang minda
para pelajar yang sememangnya menghasilkan mutu atau kualiti yang tinggi dalam
pembelajaran. Secara tidak langsung, bahan bantu mengajar ini berupaya membantu
para pendidik untuk menyelesaikan masalah pemilihan kaedah atau teknik
pengajaran yang sentiasa berubah.
Kedua, bahan bantu mengajar ini
dilihat berupaya mencetus minat pelajar semasa tempoh pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berbeza boleh menarik
perhatian pelajar untuk belajar. Hal ini dek peralatan yang digunakan dapat
menjadi penggalak, pencetus, atau daya penarik dalam penyampaian pelajaran.
Sebagai contoh, seorang guru yang masuk ke kelas dengan membawa sebuah kotak
atau kad-kad yang berwarna warni jelas menimbulkan tanda tanya dalam diri
pelajar. Secara tidak langsung, kaedah yang digunakan ini boleh mencetuskan
minat pelajar untuk belajar kerana mereka berasa teruja dengan bahan bantu
mengajar yang dibawa oleh guru tersebut. Jika penggunaan bahan bantu mengajar
dan penyampaian yang dibuat oleh guru ini tidak jelas dan teratur, maka tidak
mustahil untuk mencetuskan minat dalam diri pelajar untuk belajar meskipun
bahan bantu mengajar ini diaplikasikan di dalam kelas yang lemah dalm
penguasaan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan jelas
akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang
menyeronokkan.
Ketiga, penggunaan bahan bantu
mengajar ini dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih
menarik dan lebih efektif. Kaedah pengajaran yang dibuat adalah berbeza dengan
kelas-kelas sebelumnya. Jika sebelum ini, penggunaan buku teks telah menjadi
kaedah utamadalam bilik kuliah, kini kaedah pengajaran boleh diubah dengan
menggunakan bahan bantu mengajar berteraskan multimedia. Penggunaan peralatan
berteknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amatlah digalakkan kerana
kerelevenannya pada abad ini.
Seterusnya
yang keempat, bahan bantu mengajar bukan sahaja dapat menarik minat pelajar
untuk belajar, malah turut membantu mengetengahkan kebolehan dan bakat yang
dimiliki pelajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang baik sememangnya memberi
impak yang positif kepada pelajar. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahan
bantu mengajar sebagai salah satu kaedah pembelajaran sememangnya membantu
mengembangkan potensi serta keupayaan pelajar, terutamanya dalam bidang
akademik.
Akhir sekali,
suasana di dalam bilik darjah juga akan menjadi lebih hidup dengan wujudnya
bahan bantu mengajar ini. Kebaikan bahan bantu mengajar sememangnya akan
menggalakkan para pelajar bergiat aktif dalam bilik darjah. Kita sedia maklum
bahawa, proses pembelajaran yang berlaku ini bukanlah hanya berpusatkan guru
semata mata, malah turut melibatkan setiap individu pelajar. Hal ini kerana,
setiap bahan bantu mengajar yang dibekalkan oleh guru mempunyai aktiviti dan
manfaatnya yang tersendiri. Oleh itu, amatlah digalakkan dalam pengaplikasian
bahan bantu mengajar ini di dalam bilik darjah. Manfaat dan kebaikannya amatlah
besar kepada guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar yang direka haruslah sesuai
dan berfungsi untuk sesi pengajaran yang dilaksanakan.
4.0 KEKURANGAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Jika kita
perhatikan, bahan bantu mengajar sememangnya tidak mempunyai kekurangan secara
langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar adalah untuk menutup
sebahagian kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi kekurangan itu dapat dilihat melalui beberapa perkara seperti kurangnya
kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar yang sesuai. Hal ini
demikian kerana, bukan mudah untuk membuat bahan bantu mengajar yang akan dapat
merangsang minat murid serta memberikan kefahaman yang lebih jelas sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bahan bantu mengajar yang
kurang sesuai akan menyebabkan berlaku kesukaran di mana guru akan sukar
mendapatkan kerjasama daripada murid-murid. Perkara ini mungkin disebabkan
murid-murid kurang faham atau jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh guru
menyebabkan mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi minat dan sukar
mendapatkan kerjasama daripada mereka.
Seterusnya kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian bahan bantu mengajar
yang disediakan. Guru haruslah memastikan bahawa mereka betul-betul faham dan
tahu apa yang ingin disampaikan terlebih dahulu supaya dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
kesukaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar juga merupakan salah satu
kekurangan bahan bantu mengajar. Seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan
atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam
menyediakan bahan bantu mengajar. Guru sangat-sangat memerlukan bahan atau
rujukan dalam menyediakan bahan bantu mengajar bagi memastikan guru tidak akan
ketandusan idea kelak.
Bagi mengatasi segala kekurangan ini adalah dengan cara guru lebih prihatin dan
memahami kehendak pelajar yang diajarkan. Hal ini demikian kerana, setiap murid
mempunyai pelbagai cara berfikir dan IQ yang berbeza dalam menganalisis dan
menilai apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, guru
harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya
terutama dalam menggunakan segala bahan bantu mengajar, seperti kemahiran
menggunakan teknologi maklumat, multimedia dan sebagainya.
Tambahan pula,
kerjasama semua pihak juga dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.
Seterusnya, guru amat digalakkan merancang dengan sistematik bagi memudahkan
guru menyampaikan bahan bantu mengajar sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
Akhir sekali, perkara yang harus diambil perhatian adalah bahan bantu mengajar
adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru sepenuhnya, yang
mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang segala-galanya dengan
baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.
5.0 MENGAPA
BAHAN BANTU MENGAJAR DIPERLUKAN.
Guru mempunyai tanggungjawab yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Dalam
proses pengajaran, tidak semua pendekatan atau kaedah pengajaran guru adalah
berkesan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Selain teknik dan
pemahaman pedagogi yang ada pada seseorang guru, penggunaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) merupakan salah satu kaedah yang sesuai bagi membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
bukan sahaja membantu guru untuk menyampaikan kandungan pengajaran semata-mata,
tetapi untuk memastikan maklumat atau ilmu yang di sampaikan akan dapat
disampaikan dengan berkesan dan difahami oleh pelajar.
Salah satu keperluan terhadap bahan
bantu mengajar adalah untuk meningkatkan minat pelajar atau murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai akan mengekalkan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran dan
meransang minda pelajar untuk meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri
pelajar tentang kandungan pelajaran. Bahan bantu mengajar yang berupa gambar
rajah, suku kata, dan berbentuk permainan sudah tentu akan menarik minat
pelajar dan segala maklumat yang disampaikan akan difahami dengan baik oleh
murid. Hal ini demikian kerana pelajar pada abad ke-21 ini lebih berminat
terhadap sesuatu yang menyeronokkan dan memberikan keselesaan kepada mereka
semasa belajar berbanding kaedah membaca teks secara bersama yang mana akan
menyebabkan pelajar mudah bosan dan seterusnya hilang tumpuan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, bahan bantu mengajar
diperlukan adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala guru dengan pelajar.
Penggunaan BBM dalam proses pengajaran akan mewujudkan suasana yang kondusif
dalam bilik darjah, maka guru dengan pelajar akan dapat berkomunikasi dan
berinteraksi antara satu dengan yang lain. Pada masa yang sama, kemahiran guru
dalam berkomunikasi dan mengawal suasana kelas akan dapat ditingkatkan. Melalui
komunikasi yang berlaku dalam bilik darjah pelajar akan dapat membina keyakinan
diri untuk bercakap di samping meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada dalam
diri pelajar. Bukan itu sahaja, hubungan antara guru dengan pelajar turut dapat
dieratkan dan memudahkan guru untuk memilih pendekatan yang sesuai untuk
mengajar bagi sesetengah pelajar. Di samping itu, melalui komunikasi dalam
kelas pelajar sudah tentu akan menjadi lebih aktif dengan suasana proses
pengajaran dan pembelajaran yang ceria, menyeronokkan dan mewujudkan suatu zon
selesa kepada pelajar untuk belajar.
Penggunaan bahan bantu mengajar amat
diperlukan untuk mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
menyeronokkan akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan
bahan tersebut dan sekali gus dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang berunsurkan aktiviti bukan sahaja
memberikan input dari segi isi kandungan pengajaran tetapi turut memberikan
pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding penggunaan kaedah
konvensional yang berfokus kepada kaedah syarahan dan pembacaan buku teks.
Tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui kaedah penggunaan
bahan bantu mengajar akan meningkatkan daya ingatan murid terhadap maklumat
serta ilmu yang disampaikan oleh guru kerana pelajar lebih cenderung dan
berminat terhadap sesuatu yang bersifat nyata dan bukan hanya sekadar teori.
Selain itu, memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan juga merupakan salah satu
keperluan terhadap bahan bantu mengajar. Pengajaran yang berkesan dapat
disimpulkan sebagai pengajaran yang mampu mewujudkan suasana yang sihat bagi
menggalakkan murid untuk terus belajar. Kita sedia maklum bahawa tahap
kecerdasan setiap pelajar adalah berbeza-beza antara satu dengan yang lain dan
guru memerlukan kaedah atau teknik yang sesuai untuk memastikan kandungan
pelajaran yang disampaikan berkesan serta difahami oleh pelajar. Cara
penyampaian maklumat yang tidak berkesan dan kandungan pelajaran yang terlalu
rumit akan menyukarkan pelajar untuk memahami isi kandungan pelajaran yang
diajarkan oleh guru. Oleh yang demikian, penggunaan bahan bantu mengajar yang
ringkas dan menarik akan membantu proses pemahaman murid dengan lebih jelas.
Bahan bantu mengajar yang digunakan hendaklah sesuai dengan topik pengajaran
yang hendak diajarkan oleh guru. Hal ini demikian kerana bahan bantu mengajar
yang digunakan bukan sahaja mudah digunakan oleh guru tetapi turut mampu untuk
menyampaikan topik pengajaran dengan berkesan. Dalam konteks ini, guru
seharusnya terlebih dahulu merancang topik, objektif, cara penyampaian isi dan
membuat penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada setiap murid bagi
membolehkan pengajaran disampaikan dengan berkesan.
BIBLIOGRAFI
Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi guru
terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi multimedia
dalam pengajaran j-QAF. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64.
AiniArifah A.B. &
Norizan M.Y. (2008). Using Teaching Courseware to Enhance Classroom Interaction as a Method of
Knowledge Sharing. Journal of Information Systems,
Research and Practices, Vol.1(1).
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H., & Hamzah, M.
I. M. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru
cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah di Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Maimun Aqsha Lubis,
Abdullah Awang Lampoh, Melor Md. Yunus, Shah Nazim Shahar, Noriah Mohd Ishak and Tajul Arifin Muhamad
(2011). The Use of ICT In Teaching
Islamic Subjects in Brunei Darussalam.
International Journal of Education
and Information Technologies. 5(1): 79-87.
Ungang, C. A. (2008). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam
kemahiran asas membaca di
kelas pemulihan: Kajian kes di lima buah sekolah daerah Serian. Jurnal
Penyelidikan IPBL, 8, 80-96.
BAHAGIAN B
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantuan
mengajar yang dibina hendaklah bahan bantuan yang menyokong teknik pengajaran
membaca yang tedapat dalam Unit 5, Unit 6 dan Unit 7 dalam modul anda.
TEKNIK SENARAI-KUMPUL-LABEL
Teknik yang kami
gunakan bagi bahan bantu mengajar kami ialah teknik Senarai-Kumpul-Label.
Teknik ini juga dikenali sebagai peta semantik yang dibina bagi membantu para
pelajar. Matlamat utama teknik ini ialah untuk mempertingkatkan perbendaharaan
kata dan kemahiran mengkategori, mengorganisasi konsep verbal pelajar dan
membantu mereka untuk mengingat dan memperkukuhkan perbendaharaan kata baharu.
Teknik ini mudah untuk diaplikasi dengan menggunakan strategi yang berikut:
Menyenarai – Guru memilih satu atau dua tajuk sebagai ransangan
untuk menyenarai perkataan. Tajuk yang dipilih mestilah daripada konsep yang
hendak diajarkan. Guru kemudian menulis topik tersebut di sudut papan tulis.
Pelajar disuruh menyumbang saran perkataan-perkataan di sekitar topik yang
diberikan. Hasil sumbang saran pelajar dicatakan di papan tulis.
Melabel – Untuk memulakan langkah ini guru membaca lantang
senarai perkataan hasil daripada sumbang saran pelajar tadi. Pelajar seterusnya
diminta untuk mengumpulkan perkataan yang disenaraikan tadi dalam
kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Pelajar diminta meletakkan tajuk kepada
kumpulan perkataan yang mereka kumpulankan.
Susulan – Guru kemudiannya menyenaraikan tajuk-tajuk kumpulan
perkataan yang pelajar kemukakan. Pelajar kemudiannya diminta menerangkan sebab
mereka mengumpulkan perkataan dalam kategori-kategori tersebut.
Daripada
hasil perbincangan, kumpulan kami menggunakan beberapa jenis bahan bantuan
mengajar bagi menarik minat terhadap perkara yang ingin disampaikan kepada
murid-murid agar ilmu tersebut berjaya meresap ke minda murid-murid dengan
lebih mudah. Apabila penggunaan bahan bantu mengajar adalah lebih kreatif, murid-murid
akan tertarik dan ingin belajar serta memahaminya dengan penuh semangat.
Di
awal permulaannya, salah seorang daripada ahli kumpulan kami iaitu ketua
kumpulan akan menarik minat murid-murid melalui kekreatifan pengucapannya agar
murid-murid memahami objektif secara umum terhadap pembelajaran yang ingin
disampaikan oleh ketua. Pengucapan ini perlulah menarik dan kreatif bagi
menjadikan murid-murid teruja akan aktiviti yang bakal mereka lakukan. Hal ini
menjadikan kesungguhan murid-murid untuk melakukan aktiviti ini lebih ketara.
Melalui teknik ini kumpulan kami telah memperkenalkan satu bahan bantu mengajar
yang dinamakan ‘Smart Word’. Melalui permainan ‘Smart Word’ ini , aspek yang
ditekankan ialah belajar sambil bermain. Alternatif ini digunakan agar dapat
menarik minat dan memupuk semangat mereka untuk belajar.
Kandungan
yang terdapat dalam permainan ‘Smart Word’ ini ialah terdiri daripada
penggolongan kata yakni kata nama, kata kerja, kata hubung dan sebagainya.
Antara jenis bahan yang digunakan ialah beberapa kertas berwarna untuk
dijadikan sebagai origami jari-jemari. Origami ini mempunyai nombor pada setiap
bahagian dan murid dikehendaki memilih nombor yang disediakan pada bahagian
origami tersebut. Setiap nombor pada bahagian origami tersebut, telahpun
disediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penggolongan kata.
Selain
itu, kami juga menggunakan sekeping kadboard bagi menghasilkan bahan bantu
mengajar. Kadboard ini digunakan untuk membuat satu permainan yang seakan-akan
permainan ‘Scrabble’. Setelah murid memperoleh soalan daripada origami tadi,
murid perlu menjawab soalan dan kemudiannya jawapan tersebut perlulah
dinyatakan dan disusun di atas ‘Scrabble’ yang telah disediakan.
Secara
keseluruhannya, jenis bahan yang digunakan ialah beberapa kertas bewarna, kertas
A4 dan sekeping kadboard. Walaupun jenis bahan-bahan ini agak ringkas tetapi
ianya bermakna dan mempunyai maksud yang tersirat. Melalui bahan bantu mengajar
ini, pembelajaran akan mudah meresap ke dalam diri murid jika penyampaian
adalah lebih kreatif dan menarik.
No comments:
Post a Comment